ARAHAN PENJAGAAN TAMPALAN PADA KANAK-KANAK

Selepas menampal gigi pada kanak-kanak, adalah penting untuk menjaga gigi yang telah ditampal dengan baik supaya ia kekal dalam keadaan baik dan bebas dari masalah lain. Berikut adalah beberapa arahan penjagaan yang boleh diikuti oleh ibu bapa atau penjaga untuk memastikan gigi yang telah ditampal sembuh dengan baik dan tidak mengalami komplikasi.


2. Elakkan Makanan Panas dan Sejuk
Elakkan makan dan minum makanan dan minuman yang terlalu panas dan yang terlalu sejuk selepas buat tampalan kerana ia boleh menyebabkan rasa denyutan dan ngilu pada gigi
3. Makanan Lembut
Selepas tampalan, ambil makanan lembut seperti sup, puri, atau bubur untuk mengelakkan tekanan pada gigi yang baru diisi.

4. Elakkan Mengunyah Menggunakan Gigi yang Terisi
Untuk beberapa hari pertama, cuba elakkan mengunyah makanan pada gigi atau gigi yang baru diisi, terutamanya jika tampalan baru dilakukan.

5. Pembersihan Gigi yang Betul
Pastikan anak anda terus memberus gigi dengan berhati-hati, mengelakkan kawasan kasar di sekeliling tampalan. Gunakan berus gigi dengan bulu lembut dan elakkan menggosok terlalu kuat pada kawasan tersebut.

6. Kurangkan Sakit atau Sensitiviti
Kebersihan mulut yang baik dapat mencegah pengumpulan plak dan bakteria yang menyebabkan punca utama kerosakan gigi dan sakit .

7. Pemeriksaan dan Susulan
Pastikan anak anda menjalani pemeriksaan susulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor gigi, bagi memastikan tampalan masih dalam keadaan baik dan tiada masalah.

8. Elakkan Makanan Tinggi atau Terlalu Banyak Gula
Mengelakkan makanan terlalu tinggi atau banyak gula adalah langkah penting untuk mengelakkan gigi rosak dan gusi bengkak

9. Perhatikan Tanda-tanda Komplikasi
Jika anak anda mengalami kesakitan yang berpanjangan, bengkak, atau perubahan warna tampalan, berjumpa dengan doktor gigi anda dengan segera.

10. Elakkan Tabiat Buruk
Pastikan anak anda tidak menggigit atau mengunyah objek keras seperti pensel, paku atau mainan keras yang boleh merosakkan isinya.