0 Cart
0 Add all flipped products to cart Flipped
09.11.2024

11 Tips for Dental Care After Whitening Treatment

WHITENING

Whitening gigi adalah proses yang dilakukan untuk mencerahkan warna gigi, menjadikannya kelihatan lebih putih dan bersih. Prosedur ini biasanya dilakukan untuk meningkatkan penampilan gigi yang telah menjadi kuning atau bernoda akibat pelbagai faktor, seperti:

  1. Penuaan: Seiring bertambahnya usia, enamel gigi menjadi lebih nipis, menyebabkan dentin (lapisan dalam gigi yang lebih gelap) kelihatan.

  2. Makanan dan Minuman: Kopi, teh, wain merah, dan makanan tertentu boleh menyebabkan noda pada gigi.

  3. Tembakau: Merokok atau penggunaan produk tembakau sering menyebabkan gigi kelihatan kekuningan atau bernoda.

  4. Kebersihan Mulut yang Kurang Baik: Tidak memberus atau flossing dengan baik boleh menyebabkan plak dan noda pada gigi.

  5. Ubat-Ubatan: Beberapa ubat, seperti antibiotik tetracycline, boleh menyebabkan perubahan warna pada gigi jika diambil semasa gigi sedang berkembang.

11 Tips penjagaan gigi selepas rawatan whitening

1 . L I P B A L M ( P E L E M B A P B I B I R ) Pastikan anda memakai pelembap bibir atau lipbalm selepas prosedur whitening bagi menggelakkan kekeringan bibir yang berpanjangan setelah lama mulut dibuka semasa prosedur berlangsung

2.G E L ( F O R U L C E R ) Jika ada bahan whitening yang terkena pada bibir ,gusi atau pipi semasa rawatan sehingga menyebabkan ulcer berlaku , sapukan gel yang diberikan klinik pada bahagian tersebut

3. G I G I S E N S I T I F Jika anda merasakan gigi sensitif setelah melakukan rawatan pemutihan , itu adalah perkara biasa . Jangan risau ! Gunakan ubat gigi sensitif yang diberikan klinik selama 3-7 hari bergantung pada tahap sensitiviti anda

4. P E M A K A N A N elakkan makan makanan yang terlalu panas atau sejuk bagi mengurangkan rasa sensitif pada gigi.

5. U B A T T A H A N S A K I T ( P A N A D O L ) Anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti panadol dan sebagainya jika masih merasa sakit melebihi 2 hari ( namum ia nya jarang sekali berlaku )

6. P E R U B A H A N WA R N A G I G I Perubahan warna gigi paling dramatik berlaku sejurus selepas proses whitening (terjadinya pengeringan gigi) . Jika nada mendapati tona warna gigi berubah sedikit selepas itu . Ianya adalah normal .

7.M A K A N A N & M I N U M A N B E RWA R N A Elakkan dan kurangkan makanan serta minuman berwarna seperti kunyit , kari , teh , kopi dan sebagainya bagi mengekalkan keputihan pada gigi

8. M E R O K O K Jangan merokok sekurang-kurangnya 48 jam setelah proses whitening dilakukan.

9. B E R H E N T I M E R O K O K Seeloknya berhenti merokok kerana ianya penyumbang terbesar terhadap kekuningan gigi

10. B A N Y A K K A N M I N U M A I R P U T I H banyakkan minum air putih dari air manis dan berwarna. Ia boleh mengurangkan risiko gigi bertukar kuning dengan cepat

11. R AWA T A N T O U C H - U P Rawatan touch-up (susulan) mungkin perlu dilakukan setelah 6-12 bulan untuk mengekalkan keputihan gigi yang diperoleh. Tray dan gel touch-ups boleh diperolehi dari klinik kami