09.11.2024

11 Tips penjagaan gigi selepas rawatan whitening

WHITENING
before and after doing whtening treatment

Whitening gigi adalah proses yang dilakukan untuk mencerahkan warna gigi, menjadikannya kelihatan lebih putih dan bersih. Prosedur ini biasanya dilakukan untuk meningkatkan penampilan gigi yang telah menjadi kuning atau bernoda akibat pelbagai faktor, seperti:

  1. Penuaan: Seiring bertambahnya usia, enamel gigi menjadi lebih nipis, menyebabkan dentin (lapisan dalam gigi yang lebih gelap) kelihatan.

  2. Makanan dan Minuman: Kopi, teh, wain merah, dan makanan tertentu boleh menyebabkan noda pada gigi.

  3. Tembakau: Merokok atau penggunaan produk tembakau sering menyebabkan gigi kelihatan kekuningan atau bernoda.

  4. Kebersihan Mulut yang Kurang Baik: Tidak memberus atau flossing dengan baik boleh menyebabkan plak dan noda pada gigi.

  5. Ubat-Ubatan: Beberapa ubat, seperti antibiotik tetracycline, boleh menyebabkan perubahan warna pada gigi jika diambil semasa gigi sedang berkembang.

teeth whitening, bleaching
laser teeth whitening

11 Tips penjagaan gigi selepas rawatan whitening

lip hydration,moistrizing lip balm

1 . LIP BALM ( PELEMBAP BIBIR ) Pastikan anda memakai pelembap bibir atau lipbalm selepas prosedur whitening bagi menggelakkan kekeringan bibir yang berpanjangan setelah lama mulut dibuka semasa prosedur berlangsung.

tooth pain relief gel

2. GEL ( FORULCER ) Jika ada bahan whitening yang terkena pada bibir ,gusi atau pipi semasa rawatan sehingga menyebabkan ulcer berlaku , sapukan gel yang diberikan klinik pada bahagian tersebut.

tooth sensitivity,reduce dental sensitivitty

3. GIGI SENSITIF Jika anda merasakan gigi sensitif setelah melakukan rawatan pemutihan , itu adalah perkara biasa . Jangan risau ! Gunakan ubat gigi sensitif yang diberikan klinik selama 3-7 hari bergantung pada tahap sensitiviti anda.

icy,overheated food

4. PEMAKANAN elakkan makan makanan yang terlalu panas atau sejuk bagi mengurangkan rasa sensitif pada gigi.

toothache mediction,relieve oral pain

5. UBAT TAHAN SAKIT ( PANADOL ) Anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti panadol dan sebagainya jika masih merasa sakit melebihi 2 hari ( namum ia nya jarang sekali berlaku )

brighten your smile,sparkling white teeth

6. PERUBAHAN WARNA GIGI Perubahan warna gigi paling dramatik berlaku sejurus selepas proses whitening (terjadinya pengeringan gigi) . Jika nada mendapati tona warna gigi berubah sedikit selepas itu . Ianya adalah normal .

tooth staining food.color rich foods

7. MAKANAN & MINUMAN BERWARNA Elakkan dan kurangkan makanan serta minuman berwarna seperti kunyit , kari , teh , kopi dan sebagainya bagi mengekalkan keputihan pada gigi.

cigarette,nicotine habit

8. MEROKOK Jangan merokok sekurang-kurangnya 48 jam setelah proses whitening dilakukan.

break the smoking habit,give up smoking

9. BERHENTI MEROKOK Seeloknya berhenti merokok kerana ianya penyumbang terbesar terhadap kekuningan gigi.

fresh water,fizzy drinks

10. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH banyakkan minum air putih dari air manis dan berwarna. Ia boleh mengurangkan risiko gigi bertukar kuning dengan cepat.

follow-up care,refresh treatment

11. RAWATAN TOUCH-UP Rawatan touch-up (susulan) mungkin perlu dilakukan setelah 6-12 bulan untuk mengekalkan keputihan gigi yang diperoleh. Tray dan gel touch-ups boleh diperolehi dari klinik kami.