09.11.2024
Arahan penjagaan selepas cabutan melalui pembedahan kecil (MOS)
Pembedahan kecil gigi adalah prosedur pergigian yang melibatkan campur tangan pembedahan untuk merawat masalah gigi, gusi, atau struktur mulut yang tidak dapat diselesaikan dengan rawatan biasa. Prosedur ini biasanya dilakukan oleh doktor gigi yang pakar dalam bidang pembedahan oral (pakar bedah mulut) atau oleh doktor gigi umum dengan latihan khusus.