Venir adalah bahan lapisan nipis yang diletakkan di atas permukaan depan gigi yang boleh menambah baik warna, bentuk dan saiz gigi. Ia adalah hampir sama seperti kuku palsu. Penampilan gigi boleh diperbaiki secara dramatik oleh pemulihan venir. Mengubah warna gigi dan gigi-gigi yang mengalami kecacatan boleh tetap putih dan ditambah baik dengan menngunakan venir.

 

Terdapat dua jenis bahan utama yang digunakan untuk membuat venir seperti komposit dan porselin. Venir komposit boleh diletakkan secara langsung (dibina di dalam mulut) yang direka oleh juruteknik pergigian di makmal, dan kemudian dilekat kepada gigi dengan menggunakan simen khas. Sebaliknya, venir porselin hanya boleh direka secara tidak langsung. Venir porselin agak tahan lebih lama, mempunyai estetika yang lebih baik, dan kurang kesan noda daripada venir yang diperbuat daripada komposit. Venir komposit umumnya lebih murah daripada venir porselin.

Venir

Contact Us

Find Us On

ADDRESS

No. 32-1, Jalan AWF 1,

Ampang Waterfront,

68000 Ampang,

Selangor, Malaysia

                +6 03-42806966

                +6 012-5281 769  

   

        idramawar@gmail.com

     

       

 

Member Of