top of page
Utama
Tentang Kami
Rawatan
Galeri
FAQs
Hubungi
English
Malay

Rawatan

Pergigian Kosmetik

Adakah anda berpuas hati dengan senyuman anda? Pergigian kosmetik memberi tumpuan kepada meningkatkan penampilan gigi, mulut dan senyuman seseorang.Daripada menghabiskan wang ringgit untuk mendapatkan wajah baru melalui pembedahan plastik, anda boleh memilih sesuatu yang jauh lebih mudah untuk mendapatkan senyuman yang sempurna. Kami menyediakan pelbagai rawatan pergigian untuk mendapatkan  senyuman menawan bagi anda.

Rawatan Endodontik

Rawatan kanal akar dilakukan untuk menyelamatkan gigi daripada dicabut, dengan mengeluarkan pulpa yang dijangkiti kuman. Ia menjadi perlu apabila pulpa (tisu lembut di dalam gigi yang mengandungi saluran darah, saraf dan tisu perantara) menjadi radang atau berpenyakit, yang mungkin terhasil daripada trauma, prosedur pergigian berulang pada gigi, gigi yang retak atau karies gigi (kerosakan gigi).

Pergigian Umum

Pemeriksaan secara berkala dan penyelenggaraan berterusan mampu pergi jauh untuk menjaga dan memastikan senyuman anda sempurna setiap masa. Kami boleh melakukan rawatan pergigian umum  dengan baik.

Implantologi Oral

Implan gigi dapat memulihkan gigi anda yang hilang dan dapat memastikan gigi berfungsi dengan baik dan kelihatan menarik.

Rawatan Ortodontik

Rawatan ortodontik merupakan suatu pelaburan penting untuk senyuman dan masa depan anda. Semua  yang terlibat dalam penjagaan ortodontik anda mahukan anda mendapat keputusan yang terbaik. Gigi yang lurus dan rahang yang sejajar dapat mengukir sebuah senyuman yang sempurna.

Rawatan Periodontik

Kebanyakan orang tidak berfikir banyak tentang gusi mereka. Tetapi gusi sebenarnya petunjuk yang lebih baik untuk mengetahui kesihatan badan am dan  secara keseluruhan.

Pergigian Pencegahan

Pencegahan adalah langkah yang  lebih baik daripada pengubatan. Gigi dan penyakit berkaitan gigi hampir keseluruhannya dapat dicegah dan kesihatan mulut adalah sama pentingnya dengan kesihatan seluruh badan anda. Untuk mengekalkan kesihatan gigi yang baik, adalah perlu untuk melawat doktor gigi anda sekurang-kurangnya dua kali setahun. Pemeriksaan secara berkala membantu memelihara gusi dan gigi yang sihat. Ini juga membantu pengesanan awal masalah seperti penyakit gusi, pereputan gigi dan kanser mulut.

 Pergigian Restoratif

Mengembalikan rupa bentuk dan fungsi gigi adalah prosedur untuk mengembalikan penampilan gigi dan juga fungsinya untuk bertindak balas secara semula jadi, dengan membenarkan tekanan gigitan untuk melalui gigi semasa menerima daya menggigit. Gigi atau sebahagian gigi dipulihkan  dengan menggunakan bahan-bahan yang menyerupai warna dan kekerasan gigi .

Pembedahan Kecil Mulut

Pembedahan oral adalah bidang perubatan yang berkaitan dengan membetulkan masalah gigi bongsu atau kerosakan kepada mulut, gigi dan rahang.

bottom of page